Eksklusif Daripada Penulis E-Book Bestseller Magnet Rezeki

"Berhenti Mengejar Duit & Kemewahan
Sekarang Juga Kerana Anda Mungkin Tak
Dapat Menikmati Apa-Apa Langsung
Di Kemudian Hari!"

Sedarlah & Bangkitlah Segera Sebelum Terlambat Untuk
Mengetahui Bahawa Tindakan Mengejar Duit & Kemewahan Ini Hanya Sia-Sia Sahaja Kerana Semakin Anda Mengejarnya,
Semakin Ia Menjauhi Anda!

 

 

 


  Dari Meja Azlina Abd Rahim a.k.a LinnComel
  


RE: Rahsia Sebenar Di Sebalik Duit & Kemewahan!

Sahabat yang amat saya hormati,

Duit merupakan medium ataupun “alat urusniaga” yang paling penting dalam kehidupan kita. Tanpa duit, hidup kita tidak meriah kerana walaupun duit bukan segala-galanya tetapi ironinya segala-galanya yang kita perlukan hari ini semuanya memerlukan duit.

Dengan duit, kita mampu memiliki segala-gala keperluan yang kita perlukan dan juga mempu membeli segala-gala yang kita impikan. Namun begitu, duit juga merupakan punca masalah besar dalam hidup anda jika anda tidak pandai merancang kerana ia bakal mendorong kepada “kesempitan duit”

"Kesempitan duit" merupakan penyakit yang sentiasa menyerang setiap orang tidak kira masa. Ia merupakan fobia yang menjadi barah kepada masalah kerungsingan manusia.

"Kesempitan duit" ini terjadi akibat kesalahan diri sendiri tidak bijak menguruskan duit yang mereka dapat untuk menjamin masa depan. Bila sudah tiada duit dalam tangan barulah anda menyesali dan menghargai duit yang telah tiada.

"Kesempitan duit" yang kronik mampu mendorong manusia bertindak diluar kawalan minda seperti merompak, meragut malahan membunuh orang lain yang tidak bersalah hanya kerana terdesak mahukan duit.

..dan jalan terbaik yang sering dipilih untuk mengelakkan diri dari mengalami kesempitan duit dan mendapatkan wang yang mencukupi untuk hidup anda ialah dengan mencari duit yang banyak untuk mengejar kemewahan dalam hidup..


"Tetapi Malangnya.."

Usaha anda selama ini hanya sia-sia sahaja kerana anda tidak sekalipun mendekati kemewahan yang anda kejari malahan anda hanya akan mengundang kegagalan dan kesempitan duit yang anda ingin jauhi selama ini.

Masih tak percaya dengan kenyataan ini? Cuba anda...

  •  Kira berapa banyak masa yang anda habiskan.
  •  Kira berapa banyak wang yang keluar.
  •  Kira berapa kali anda terasa kesempitan wang.
  •  Kira berapa kali keluarga anda menderita.
  •  Kira berapa kali anda terpaksa mengikat perut.

..dan semuanya hanya kerana mengejar duit dan kemewahan hidup sedangkan ia takkan menghampiri anda walaupun 100 tahun lagi. Ia sungguh TIDAK BERBALOI!

Percayalah bahawa duit, kekayaan serta kemewahan bukanlah sesuatu yang perlu anda kejarkan untuk seumur hidup anda. Anda mungkin tidak mampu mencapai semua impian anda kerana hakikat sebenarnya ialah semakin anda mengejar duit, semakin duit menjauhi hidup anda.


"Dan Akibatnya..."

Anda akan menjadi seorang yang sentiasa kecewa, sedih dan gelisah dengan masalah kewangan anda, menjadi sangat kedekut dan berkira, menjadi kurang sabar serta pemarah.

Inilah tekanan mental dan emosi yang bakal menghantui hidup anda selamanya.Semuanya berlaku akibat kekecewaan anda yang tidak dapat mengejar kemewahan walaupun anda sudah berusaha bertahun-tahun menghabiskan masa dan mengikat perut anda untuk tujuan itu.

Dan akhirnya anda putus asa dalam mengejar duit, kekayaan serta kemewahan anda dan teruskan hidup dihantui kegagalan sedangkan orang lain berjaya dalam mengejar kekayaan yang diimpikan.

Anda hanya akan duduk termenung menyesali kesilapan anda selama ini kerana membuat perkara yang sia-sia untuk mengejar kekayaan!


"Bangkitlah Segera Sahabatku!”

Kini sudah tiba masanya untuk anda melakukan transformasi diri. Tinggalkan zaman gelap yang penuh dengan kekecewaan, kegelisahan, kegagalan dan kesedihan.

Berhijrahlah kepada kehidupan yang lebih baik dan penuh dengan warna kejayaan dan kekayaan.

"3 KUNCI SEBENAR 
KEJAYAAN & KEKAYAAN"

 
1) Berhenti Menyalahkan Orang Lain.

Tahukah anda terdapat satu hukum yang menyatakan bahawa setiap apa yang ada di muka bumi ini hanya akan saling tertarik antara satu sama lain hanya dengan sesuatu yang memiliki frekuensi yang sama.

Jadi sekiranya diri anda hanya memancarkan frekuensi kemiskinan, maka selamanya diri anda hanya menarik kemiskinan. Jadi kesimpulannya sama ada ketika ini keadaan anda berada dalam kemiskinan ataupun sudah meraih kekayaan segalanya adalah tanggungjawab anda sendiri.

Tidak perlu anda menyalahkan persekitaran, nasib atau individu yang berada disekeliling sebagai penyebab kepada kemiskinan dan kegagalan anda.


2) Kuatkan Keyakinan Anda Untuk Berjaya.

Percayalah bahawa kemiskinan itu hanyalah berpunca dari masalah persepsi, mindset, keyakinan, frekuensi, vibrasi dan energi yang anda pancarkan.

Yakinlah anda juga boleh berjaya, anda juga boleh kaya, bahagia, makmur dan memiliki apa saja keinginan anda. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah transformasikan diri anda bagi mencapai impian kejayaan dan kekayaan yang anda inginkan.

Tidakkah anda terfikir, terdapat ribuan pemain golf yang berlatih keras untuk berjaya, tetapi hanya Tiger Woods yang menjadi juara pada zamannya? Sama halnya dengan orang-orang yang melakukan perniagaan yang sama dengan teknik yang sama, tetapi hanya segelintir sahaja yang berjaya.

Tahukah anda, untuk meraih kekayaan dan meraih duit yang banyak bukan hanya bergantung kepada kerja kuat semata-mata. Walau sekuat mana pun anda bekerja, tanpa memiliki mindset, vibrasi dan frekuensi energi yang betul usaha anda tetap sia-sia.


3) Mengetahui Rahsia Sebenar DiSebalik "Duit"

Satu fakta penting yang perlu anda tahu bahawa duit sebenarnya adalah merupakan satu sumber energi dan jumlahnya tidak terbatas. Ianya sentiasa mengalir terus tanpa henti.

Jadi perkara paling penting yang perlu anda tahu ialah anda sebenarnya tidak pernah kekurangan duit selama ini kerana duit bagaikan sebuah sungai sumber kekayaan yang sentiasa mengalir di sekeliling anda.

Selagi anda tidak menyekat aliran duit, pasti duit akan terus mengalir kecuali ada gangguan atau kebocoran sumber. Jadi sekiranya anda mengalami masalah kewangan, atasinya segera sebelum ia terlambat kerana inilah kunci sebenar kepada kekayaan yang anda impikan!

Dengan mengamalkan sikap berhenti menyalahkan orang lain, perbaiki keyakinan untuk berjaya dan mengetahui rahsia sebenar disebalik duit, anda sudah selangkah menuju ke arah Kemewahan Yang Sebenar!!


"Kini tiba masanya untuk anda mengetahui rahsia bagaimana memiliki mindset, vibrasi dan energi yang positif dan seterusnya menjadi magnet wang dan juga kekayaan.”


Rahsia ini perlu anda ketahui untuk anda melakukan transformasi diri supaya menjadi lebih sukses, lebih kaya dan lebih bahagia. Anda sememangnya benar-benar layak untuk menikmati kehidupan yang lebih berjaya dan 
bahagia ini berbanding sekarang ini.

Memperkenalkan Panduan Yang Mampu Menyelesaikan Masalah Anda..

"Rahsia Menjadi Magnet Duit"
Kini Biarkan Duit & Kekayaan Mengejar Anda!





E-book "Rahsia Menjadi Magnet Duit" ini ditulis sepenuhnya oleh Azlina Abd Rahim a.k.a LinnComel yang merupakan penulis di LinnComel.Com dan penulis E-Book Kontroversi "Magnet Rezeki" (Magnet Rezeki.com)

Ilmu-Ilmu yang dikongsikan dalam E-Book "Rahsia Menjadi Magnet Duit" ini bakal mengubah persepsi anda berkaitan dengan duit. Selepas ini tak perlu lagi anda mengejar duit kerana dengan mengamalkan Ilmu E-Book ini, Insya-ALLAH, Duit pula yang mengejar anda.

Usah bimbang, ilmu "Rahsia Menjadi Magnet Duit" ini tidak menyesatkan anda dan cara yang diajar berlandaskan agama Islam. Antara ilmu yang diketengahkan dalam E-Book "Rahsia Menjadi Magnet Duit" ini merangkumi:

  • Cara memupuk kepercayaan yang kukuh dalam diri anda & mewujudkan terowong visi (Vision Tunnel).
  • Cara mengubah persepsi diri anda berkaitan dengan duit.
  • Cara & Tips-Tips Bersyukur bagi membentuk Pola Sukses.
  • Mengetahui 6 langkah asas menjadi Magnet Duit.
  • Cara membuka pintu kekayaan dan mengaktifkan magnet kekayaan dalam diri anda.
  • Cara menarik aliran wang dengan menggunakan teknik "Feel Good", Teknik Dompet,  Teknik Ketika Kesulitan, Teknik Menukar Fokus serta Teknik Hak Memiliki.
  • dan banyak lagi dibongkarkan dalam e-book ini!

Dengan mempelajari kesemua ilmu-ilmu yang terkandung dalam
E-Book ini, Ia pasti dapat mengubah diri anda dan kehidupan yang anda jalani hari ini kepada kehidupan yang lebih baik!



 

 "Terasa Kini Seolah-Olah Telah
Menjadi Magnet Duit.."


Linn..antara ilmu-ilmu yang akak amalkan melalui yang diajar oleh Rahsia Magnet Duit ialah:

  1. Bersyukur melalui tips yang dikongsikan

  2. Magnet duit - langkah demi langkah (yg pasti skrg setiap isnin & khamis akak akan sumbangkan sedikit $ kpd masjid sebelum jam 11 pg) bukan niat nak beritahu org yg akak sumbang duit tu tapi nak share dgn Linn sbb mmg terbukti kesannya rezeki akak tak putus-putus walaupun jumlah yg akak dapat tidak lah ribuan ringgit jumlahnya.

  3. Membuka pintu kekayaan - affirmasi, berdoa ketika bangun tidur.

  4. Mengaktifkan magnet kekayaan

  5. Tarik wang teknik dompet - ianya memang berkesan!

Utk pengetahuan Linn, akak telah memulakan teknik dan saranan-saranan Linn tu dan alhamdulillah memang berkesan pada akak.yang akak tak boleh lupa tahun ini raya dan selepas raya memang akak ada kesulitan $$$ tapi dengan teknik-teknik yg Linn bagi tu, tak sampai 21 hari pun rezeki akak datang.

1. Smart tag akak ada masalah masa keluar di jalan duta tp betul lah kata Linn setiap masalah ada hikmahnya. Hikmahnya...bila akak ke kaunter tol bukan aje masalah smart tag selesai tapi akak dapat rezeki lagi dalam bentuk kredit sebanyak RM160. Syukur yang teramat sangat dipanjatkan kepadaNYA. itupun rezeki jugak kan.

2. On the way balik dari kl akak dapat tawaran kerja (akak sebenarnya pesara tentera - maklumlah bila bersara gaji tinggal separuh je). Syukur sangat2 kepadaNYA. Dapat tampung mana yg kurang.

Dah sebulan lebih akak kerja..bos akak baik orgnya tak berkira.. nak tahu Linn..bulan nie saja dah 3 kali dia bg $$$ pd akak..rezeki lebih katanya..raya haji tu pun dia bagi jugak Linn..duit raya katanya..YA ALLAH.. inilah rezeki yg KAU berikan padaku..apabila aku berdoa setiap kali selesai buat sunat dhuha..besarnya KUASANYA...

Kini akak terasa diri ini seolah2 magnet duit Linn...

Gaji pertama kerja akak belanja adik makan sebab dia yg beri offer tu...lepas makan katanya,

"kan elok simpan duit tu daripada kita makan-makan kat luar!"..

Tahu tak apa akak jawab..

"ala..tak apa rezeki nie kita rasa sama-sama jangan risau hari ni akak keluar RM seratus lebih nanti esok lusa akak dapat lagi dr boss..(sambil ketawa la akak ckp..saja2)"

tp tahu tak Linn mmg betul.. hari ahad pergi makan hari selasa bos akak bagi duit…(katanya ada untung sikit kita niaga nie... memang betul Linn apa yg disarankan dlm ebook tu memang jadi pada akak walaupun hasilnya tidak lah sama macam org lain tapi tetap berkesan.

Terima kasih yang tak terhingga akak ucapkan pada NYA dan juga akak terus doakan Linn agar diberkati dan dirahmati selalu sebab share ilmu-ilmu yg sebegitu rupa...dapat bantu akak meringankan beban dan masalah $$$ yg dihadapi dgn izinNYA.

Sebenarnya banyak lg akak nak cerita...tapi risau pulak Linn bosan baca hehehe..

Apa2pun Linn akak memang nak ucapkan secara peribadi pada Linn yg akak betul2 menghargai dan mengucapkan berbanyak2 terima kasih diatas segala perkongsian ilmu.

Halalkan segala2nya ya Linn. Moga apa yg Linn buat akan diberkati. Jangan bosan kongsi ilmu dengan kami semua ya Linn. Akak dapat rasakan keikhlasan dlm diri Linn.. Akak sayang Linn..Salam Kasih Sayang..


Puan Maslinda
Salah seorang pembeli ebook RMD ketika pre launch.

 


Tanpa Ragu-Ragu Lagi, E-Book "Rahsia Menjadi Magnet Duit" Ini Pasti Mampu Mengubah Hidup Semua Orang Termasuk Anda!

"Jika Anda Mempunyai Laptop atau Komputer Untuk Membaca E-Book Ini, E-Book Ini Pasti Mampu Mengubah Kehidupan Anda Yang Serba Kekurangan ini Menjadi Magnet Rezeki!"

Terus terang saya katakan E-Book ini sesuai untuk semua golongan.. Anda hanya perlukan komputer atau laptop untuk membacanya ATAUPUN anda boleh print e-book ini dan bacanya pada bila-bila masa di mana-mana tempat sekalipun..

-> Tidak kira siapapun anda..
-> Tidak kira berapa umur anda..
-> Tidak kira apakah status anda..
-> Tidak kira apakah jantinan anda..
-> Tidak kira apakah pekerjaan anda..
-> Tidak kira berapakah pendapatan bulanan anda..


E-book ini ditulis eksklusif untuk anda dan teknik-teknik yang diajar dalam e-book ini pastinya tidak akan sekali-kali merugikan anda!


"Tanpa Mengeluarkan Kos Tambahan Selain Membeli E-Book Ini, Hidup Anda Akan Berubah Menjadi Lebih Baik Dari Sekarang!"

Ramai yang telah mendapatkannya dan ramai juga yang telah berjaya mengubah kehidupan mereka menjadi magnet duit sejak E-Book ini mula dijual secara umum Disember 2010 lalu..

 

 "Memiliki E-Book Ini Adalah
Satu KEWAJIPAN.."

"Terima kasih Linn kerana menulis sebuah manual yang memberikan saya meraih wang dengan mudah. Menerangkan dengan tepat dan mudah bagaimana minda kurniaan Allah adalah "Penarik Wang". Pengisian kandungannya menjadikan saya mempunyai MINDA JUTAWAN dan meraih KEBEBASAN KEWANGAN!!!

Jelas segala pratikal minda separa sedar untuk kita menjadi seseorang yang mempunyai kebebasan kewangan dan meraih kekayaan terdapat dalam ebook Rahsia Magnet Duit ini. Kekayaan bermula dari diri kita dan untuk menjadikan diri daya penarik kekayaan. Maka memiliki ebook ini adalah satu KEWAJIPAN!!!


Salam Kekayaan

Nazri TRUMP Kadir
www.nazrikadir.com
Penulis Siri Berfikir Gaya Trump

 
 

 "Ia Garapan Yang Sempurna!"

Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur kehadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk membaca ebook ini.

Secara peribadi saya amat teruja untuk menunggu kelahiran ebook terbaru yang dihasilkan oleh Saudari Linn. Nampaknya harapan dan penantian itu berbaloi kerana ebook ini amat hebat. Bukan saja dari segi gaya bahasa dan penulisannya tetapi kandungannya juga amat berguna bukan saja untuk saya malah untuk anda semua.

Saya dan anda semua tahu dan sedia maklum sesungguhnya apa jua yang akan dan bakal kita lakukan sama ada mencipta kejayaan atau berada pada takuk yang lama bertitik tolak dari diri sendiri, kerana tanpa kita sedari ada banyak potensi dalam diri yang masih belum diterokai. Kita tahu tapi masih tercari-cari di mana dan bagaimana untuk kita bermula. Nah jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan ebook ini kerana ebook ini bukan saja mengupas kenapa kita perlu berjaya selaras dengan apa yang kita inginkan malah kita juga diberi panduan bagaimana kita menetapkan diri dan minda kita untuk mencapai apa yang kita inginkan.

Apabila saya membaca dari bab ke bab di dalam ebook ini saya merasakan diri amat teruja, walaupun belum mengaplikasikan setiap teknik yang disarankan tetapi bahang energi yang diperkatakan telah dapat saya rasai.

Istimewanya ebook ini dan berbeza dengan yang lain, adalah kerana ia ditulis dari hati dengan garapan yang simple tapi digarap dengan sempurna dari satu bab ke bab yang lain dengan huraian yang ringkas dan padat.

Bak kata orang, bila hendak memberi orang makan ikan, kita jangan langsung memberi ikannya, tapi beri dia pancing. Luangkan waktu mengajarinya menggunakan pancing sehingga ketika ingin makan ikan lagi, ia tidak lagi meminta ikan, tapi akan memancing sendiri untuk mendapatkan ikan. Inilah yang dapat saya rasakan dari ebook ini.

Salam Hormat


Ima Harlina
www.imaharlina.com

 
 

 "Hidup Kami Semakin Tenang.."

Sejak pertama kali terjumpa blog Linncomel hingga saya membeli ebook magnet rezeki, saya terus mengikuti tulisan dan artikel dari blog beliau.Saya seorang suri rumah dah kini suami pula baru pencen, ini membuat saya mencari cara menambah pendapatan. Dalam timbunan cara di internet saya lebih senang dengan Linn Comel kerana saya merasakan keikhlasan dan nilai-nilai spiritual dalam penulisannya.

Julai lalu saya telah mendapatkan ebook rahsia magnet duit dari beliau. Saya telah mengamalkan beberapa dari cara-cara dan affirmasi yang beliau ajarkan. Hingga kini saya rasa hidup kami tenang dan sentiasa ada wang walau dengan gaji pencen (separuh dari gaji penuh dulu). Malah kini dapat lagi menyimpan.

Teknik 4 iaitu 'tarik wang teknik dompet' benar-benar jadi kenyataan untuk saya. Selepas 2minggu mengamalkannya, seperti yang saya tulis dalam keinginan saya, anak saya yang belajar di Universiti dapat pinjaman.

Pendeknya dengan rahsia magnet duit ini saya sentiasa senang menerima dan memberi (sedekah, derma) wang kerana wang sentiasa ada disekeliling saya. Saya sentiasa positif dan bersyukur. Terima kasih Linn atas panduan dan teknik yang mudah ini.


Norhayati Mohamad
Certified SEFTER
Pembeli Ebook rahsia magnet duit ketika pre launch

 
 

 "Kini Hampir Bebas Hutang.."

Memang rahsia magnet duit amir amalkan.

Dulu amir blacklist dgn bank dan hampir muflis. Gaji kena tahan, tak boleh keluar. Pinjam dengan mak mertua.Tapi alhamdulillah, ada teknik-teknik tertentu dalam buku tu yang amir amalkan, sekarang nama Amir dah clear.dah boleh buat loan dengan bank. Credit card dari Bank Islam pun baru sampai semalam.

Amir
Pembeli ebook rahsia magnet duit ketika pre launch

 
 

"Memang Berbaloi Untuk Dimiliki.."

E-buku kedua dari linncomel ini amat praktikal dan bermanfaat kepada mereka yang benar-benar serius ingin keluar dari kepompong masalah kewangan.

Bukan sekadar memberikan pengetahuan malahan rahsia serta amalan-amalan yang mendorong dan menarik wang hadir juga turut dikongsikan. Satu perkongsian yang tulus ikhlas saya rasakan dengan pelbagai kaedah baik secara kerohanian mahupun metafizik. Konsep-konsep minda separa sedar, hukum tarikan, affirmasi, visualisasi, dan bersyukur dihuraikan dengan bahasa yang mudah difahami bagi merealisasikan pola sukses dalam kehidupan.

Hasil karya asli yang diadun berdasarkan pengalaman dan pembacaan ini memang berbaloi untuk dimiliki. Oleh kerana yakin dan percaya dengan hasil tulisannya, saya tidak menunggu lama untuk membeli e-buku ke-2 ini (selepas Magnet Rezeki), asal tahu saja terus buat tempahan dan pembelian.

Diakhiri dengan penegasan agar dibuat "tindakan" dan menggunakan "potensi serta kekuatan yang dianugerah Allah" amat berkesan dan mendorong diri terus mengamalkan segala tips yang diberikan. Terima kasih linncomel atas usaha mulia ini. Semoga terus mencipta peluang ke arah kekayaan dan kesejahteraan umatNya. Ameen.

Che Bibi Omar
www.bibicollections.blogspot.com/
www.facebook.com/bibicollections

 

Teruja membaca komen-komen pembeli yang telah berjaya mengubah kehidupan mereka menjadi magnet duit?

Bukalah mata wahai sahabat sekalian, tak cukup sekadar rasa teruja melihat kejayaan orang lain. Yang lebih baik bukanlah kejayaan mereka mengubah hidup tetapi merasai sendiri kejayaan anda mengubah hidup anda!

Pada masa itu hidup anda pasti merasa lebih tenang, bahagia, gembira dan sempurna berbanding rasa teruja melihat kejayaan pembeli e-book kami sekarang ini..


"Berapakah Harga Yang Perlu Dibayar Untuk Memiliki
E-Book Ini DAN Menjadi Magnet Duit?"


Pada pendapat anda, berapakah yang anda patut bayarkan untuk mendapatkan ilmu yang mampu mengubah kehidupan anda menjadi magnet duit serta-merta?

Adakah RM1000? atau RM500? atau RM100?... atau RM1?

Jika anda sanggup mengeluarkan RM10,000 untuk melabur dalam skim cepat kaya yang sememangnya bakal merugikan anda dan melaburkan lebih RM50,000 untuk perniagaan yang belum tentu menguntungkan.. mengapa tidak anda belanjakan jumlah yang sama untuk ilmu yang DIJAMIN mampu mengubah diri anda dan hidup anda menjadi lebih baik?

Percayalah bahawa anda tidak akan sekali-kali menjadi kaya selagi anda tidak kayakan minda anda dengan ilmu dan strategi yang tepat untuk kaya!


Berita baik untuk anda!

Kebiasaannya untuk mempelajari Ilmu Magnet Duit ini anda perlu mengeluarkan lebih RM5000 untuk hadiri seminar mengenainya kerana penceramah yang mengajar anda ialah Pakar dari luar negara..

Kini anda tidak perlu mengeluarkan jumlah yang sama untuk mendapatkan Sebuah E-Book yang mempunyai ilmu Magnet Duit ini.. Malahan ilmu ini ditulis oleh orang Melayu sendiri!

Dapatkan E-Book Rahsia Magnet Duit Ini Dengan Harga..

Hanya
RM197
RM120

Sahaja



Dengan membayar sebanyak RM120 ini, anda juga akan menerima bonus-bonus eksklusif yang bernilai lebih daripada ribuan ringgit. Inilah hadiah kami untuk semua pembeli e-book kami!

Bonus 1 :
5 Report Eksklusif Rahsia Magnet Duit


Anda bakal menerima 5 report yang ditulis secara eksklusif bagi membantu anda menjadi lebih berjaya dan lebh dekat dengan kejayaan & kekayaan yang anda impikan seperti berikut:

Report 1- Praktis Selesai Hutang

  • Perkongsian langkah demi langkah bagaimana menggunakan kekuatan minda dan spiritual untuk membebaskan diri dari masalah hutang yang membelenggu diri.

 

Report 2- Rahsia Kad Perniagaan

  • Keterangan-Adakah anda tahu Rahsia yang terdapat disebalik kad perniagaan anda? Laporan ini berkongsi tentang asas psikologi yang wujud disebalik kad perniagaan.

 

Report 3- Jurus Sukses

  • Ketahui rahsia apakah kebiasaan yang diperlukan untuk mencipta kejayaan bagi mencapai impian matlamat.

 

 

Report 4- Tips Membina Keyakinan Diri

  • Perkongsian 10 tips terbaik bagaimana untuk meningkatkan keyakinan diri.

 

Report 5- Mencari Arah Kekayaan

  • Perkongsian kaedah bagaimana mencari arah kejayaan, wang dan mengelakkan diri dari berada dalam keadaan tertekan dan gelisah.


Bonus 2 :
Bantuan/Support Percuma Untuk Pembeli


Jika anda membeli E-Book “Rahsia Magnet Duit” ini, anda juga bakal menerima bantuan/support percuma agar anda berjaya mempraktikkan ilmu dalam e-book ini supaya kehidupan anda dapat berubah menjadi semakin baik pada masa depan.

Anda boleh bertanya sebarang masalah berkaitan dengan teknik-teknik yang diajarkan dalam e-book ini kepada kami secara online melalui e-mail. Kejayaan anda untuk mengejar kekayaan akan lebih terjamin dengan bentuan kami kerana setiap kejayaan anda adalah kejayaan kami juga.

Bonus 3 :
Diskaun 40% Untuk Personal Coaching


Kami juga akan menjalankan Personal Coaching untuk “Rahsia Magnet Duit” bagi yang berminat mendapatkan bantuan secara terus dari kami. Ini kerana ada juga yang memerlukan bantuan secara personal dari penulis sendiri untuk memastikan mereka kekal fokus menuju ke arah kekayaan mereka.

Istimewa untuk setiap pembeli E-Book Rahsia Magnet Duit ini, anda akan menerima potongan harga sebanyak 40% daripada jumlah yuran personal coaching yang dijalankan!



Bonus 4 :
Diskaun 40% Untuk Setiap Workshop/Seminar
Yang Kami Anjurkan


Selain dari E-book Rahsia Magnet Duit & Personal Coaching Magnet Duit, kami turut merancang untuk mengadakan beberapa sesi workshop dan seminar sekitar Kuala Lumpur & Selangor (mungkin juga akan ke seluruh negara).

Dalam sesi Workshop dan Seminar ini, peserta akan didedahkan secara terus dan live mengenai teknik-teknik “Magnet Duit” dan peserta juga boleh berkomunikasi dan bertanya kepada penceramah (penulis e-book Rahsia Magnet Duit) sendiri secara terus.

Pembeli E-Book Rahsia Magnet Duit turut menerima diskaun sebanyak 40% untuk menghadiri setiap Workshop atau Seminar yang kami jalankan mulai tahun 2011 ini. 


Bonus 5 :
Diskaun 25% Untuk Setiap Khidmat Konsultansi
Daripada LinnComel Resources

Kami juga turut mengadakan dan membuka Khidmat Konsultansi bagi mereka yang mahukan perubahan atau nasihat serta cadangan untuk menyelesaikan masalah hutang anda dan sebagainya. Konsultansi ini juga boleh dijalankan secara individu ataupun berkumpulan.

Sebagai pembeli E-Book Rahsia Magnet Duit ini, anda akan mendapat diskaun sebanyak 25% dari bayaran yang kami kenakan sebagai yuran konsultansi kami untuk setiap konsultansi yang kami jalankan melalui syarikat kami LinnComel Resources.



Jika diimbas kembali, anda akan menerima...

Bil Item Nilai (RM)
1. E-Book Rahsia Magnet Duit (Versi Updated) 197
2.
5 Report eksklusif Magnet Duit
(RM50 Setiap Satu)
250
3. Bantuan/Support Percuma Sampai Berjaya! 5000
4. Diskaun 40% Personal Coaching 300
5. Diskaun 40% Workshop & Seminar 400
6. Diskaun 25% Sesi Konsultansi 300
JUMLAH BESAR =
RM6447


Dengan hanya membayar RM120, anda akan menerima sebuah E-book Rahsia Magnet Duit yang bernilai RM197.00 beserta bonus-bonus yang berjumlah lebih RM6000.. Bukankah ia pembelian yang sangat berbaloi?

"Apakah Jaminannya Untuk Anda?"


Ya, saya faham bahawa setiap pembelian perlukan jaminan. Jadi saya ada sesuatu yang agak
"di luar akal" fikiran untuk ditawarkan sebagai jaminan anda setelah anda membeli e-book ini..

Jaminan Saya ialah Jika Anda Membuat Pembelian E-Book Rahsia Magnet Duit Ini, Saya Akan Bimbing Anda Dan Memberikan Bantuan/Cadangan/Sokongan Kepada Anda Agar Anda Berjaya Menjadi Magnet Duit Dan
Mengubah Hidup Anda!

Anda boleh terus menghubungi saya secara terus melalui email, forum sokongan, mesej di FaceBook serta melalui Yahoo Messenger dan Gtalk.. Saya pasti akan membantu anda sehingga anda berjaya.. Ini janji saya kepada anda!

 

 

 "Terlalu Banyak Ilmu yang Saya Tidak Ketahui Sebelum ini Telah Dibongkarkan.."

 

Syukur ke hadrat Allah kerana saya telah ditemukan dengan ebook berkaitan tentang rahsia menjadikan diri sebagai magnet wang..untuk pengetahuan semua,saya telah terselamat daripada tergadai ribuan ringgit untuk mengikuti seminar tentang 'kejayaan' kerana ilmu yang saya cari selama ini terkandung di dalam ebook ini!

Antara bab yang paling saya kagumi ialah teknik mengajar menggunakan dan mengaplikasikan kelebihan yang Allah berikan kepada setiap manusia iaitu 'minda bawah sedar' yang amat saya cari sebelum ini. Setelah 4 minggu mengamalkan teknik ini,alhamdulillah saya telah berjaya mendapat rezeki yang xdisangka2 dengan izin Allah setelah hanya mengamalkan teknik yang diajar oleh kak lin secara konsisten seperti yang disarankan:)

Saya berasa amat terkejut dan gembira dengan hasil yang saya terima kerana saya betul2 tidak menyangka sama sekali!! Saya berasa amat bersyukur dengan rezeki yang saya terima ini dan saya lihat ianya bertepatan dengan konsep bersyukur yang sangat ditekankan dalam ilmu ini.

Memang terlalu banyak ilmu yang saya tidak ketahui sebelum ini telah dibongkarkan oleh kak lin ditambah pula dengan gaya bahasa yang mudah dan penyampaian yang berkesan amat mudah sekali untuk difahami,malah saya yakin budak tahun 6 juga akan turut memahaminya..susunan bab2 juga telah disusun dengan amat teliti mengikut susunan dan kesesuaian keadaan.

Apa yang paling saya suka ialah bantuan support telah disediakan daripada kak lin sendiri jika kita tersangkut dimana2 keadaan.Ebook bonus seperti arah kejayaan,praktis selesai hutang,kad bisnes dan yakin diri telah benar2 membantu saya untuk menjadi lebih yakin serta sentiasa berfikiran positif. Saya benar2 tidak tahu bagaimana untuk membalas jasa kak lin atas ilmu yang diberikan.syabas kak lin! Teruskan usaha! jutaan terima kasih saya tujukan kepada kak lin kerana sudi berkongsi ilmu ini dengan saya dan jasa kak lin akan saya kenang sepanjang hayat.terima kasih,terima kasih,terima kasih kak lin:)

 

Noor Afiq Bin Abdul Majid
Tekniksebenar.digital-niaga.biz
ProdukDigitalReview.blogspot.com

 
 

 "Kekayaan Adalah Hak Semulajadi.."

Pertama sekali saya bersyukur kepada Allah kerana membuka hati dan minda saya untuk memiliki ebook rahsia magnet duit yang pada saya ianya padat dengan ilmu dan teknik-teknik untuk saya berjaya mencapai kejayaan yang luar biasa.

Melalui ebook ini saya mulai sedar kekayaan adalah hak semulajadi. Kepercayaan berubah menjadi kenyataan dan apa yang diinginkan semakin mudah dicapai.

Di sini saya dapat mempelajari teknik memperkasakan minda iaitu melalui teknik affirmasi,visualisasi dan imaginasi. Hebatkan ebook ni!

Terima kasih Kak linn kerana menghasilkan ilmu yg tak ternilai harganya. Menjadi magnet wang dan jutawan senyap adalah cita-cita saya dan saya yakin utk mencapai semua itu saya perlu ada ilmu yg cukup dan ebook rahsia magnet duit melengkapkan impian saya menjadi kenyataan.

 

 

 


"Saya Memahami Perasaan Anda Ketika Ini.."

Saya faham, mungkin anda mengatakan bahawa RM120 ini amat mahal tetapi saya minta anda fikirkan semula mengenainya,

  • Dengan RM120 anda dapat menikmati kehidupan anda bebas dari kesempitan wang yang anda alami selama ini.
  • Dengan RM120 ini juga anda mampu menjadi magnet duit dan menarik duit ke dalam hidup anda pada bila-bila masa yang anda mahu.
  • Dengan RM120 ini juga anda mampu mengejar impian hidup anda yang selama ini berkubur akibat kesempitan duit!
  • Dengan RM120 ini juga anda dapat membantu keluarga anda dan sahabat-sahabat anda serta mereka yang memerlukan wang dan anda akan dihargai dan dihormati mereka..

Bukan setakat itu, dengan membelanjakan RM120 untuk memiliki E-Book Panduan Magnet Duit ini, anda juga akan diberikan bantuan/support daripada saya sendiri untuk memastikan anda benar-benar berjaya menjadi Magnet Duit..

Ini bermakna dengan RM120 tersebut, kejayaan anda menjadi magnet duit TERJAMIN!
 
Jika anda masih fikir ia mahal dan tidak berbaloi dimiliki, ia bermakna anda sebenarnya seolah-olah menunggu seluruh hidup anda dan keluarga anda dibinasakan akibat daripada kesempitan wang ini!


"Bayangkanlah Perubahan Yang Berlaku Dalam Hidup Anda Setelah Anda Membaca Dan Mengamalkan Apa Yang Telah Diajar Dalam E-Book Ini.."


Sebelum ini anda...
  • Terpaksa mengikat perut demi membayar hutang..
  • Sering merasa kesempitan duit & keperitan hidup..
  • Sering merasa tertekan untuk menjalani hidup..
  • Terpaksa melupakan segala impian hidup..
  • Bil-bil & Yuran Sekolah anak selalu sahaja tertunggak..
  • Rumah tangga kacau bilau akibat kesempitan duit..
  • dan banyak lagi kerungsingan di hati anda!


Selepas ini anda...
  • Mempunyai duit yang cukup untuk bayar semua hutang..
  • Hidup anda menjadi lebih gembira & bahagia..
  • Hidup anda akan menjadi lebih tenang..
  • Berpeluang mengejar impian hidup anda..
  • Tidak perlu risau lagi untuk membayar bil serta yuran sekolah..
  • Keluarga anda akan lebih harmoni.
  • dan banyak lagi kebahagiaan & kesempurnaan menanti anda!


Ini kerana saya memberikan JAMINAN untuk membimbing anda sehingga berjaya
menjadi Magnet Duit!

Setelah anda menjadi Magnet Duit, hidup anda pasti berubah dari zaman kegelapan yang dipenuhi penderitaan akibat kesempitan duit kepada hari-hari yang dipenuhi dengan kegembiraan, ketenangan, kebahagiaan dan kesempurnaan hidup tanpa perlu memikirkan soal duit lagi..

"Kini Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Kesempitan Duit Yang Menghantui Hidup Anda Sekeluarga Sejak Beberapa Generasi Lagi.. Dan Ucapkan Selamat Datang Kepada Duit & Rezeki Dengan Melakukan Teknik-Teknik Yang Diajar Dalam E-Book Ini Tanpa Perlu Mengeluarkan Sebarang Duit Sekalipun.."
 
Klik Button Di Bawah ini Untuk Memilikinya & Mengubah Hidup Anda!








Azlina Abd Rahim a.k.a LinnComel
Penulis E-Book Rahsia Magnet Duit


PS: Hidup ini sebenarnya bergantung sepenuhnya kepada pilihan yang anda buat dan juga peluang yang anda sanggup ambil. Kini peluang untuk menjadikan hidup anda lebih baik sudah ada di hadapan anda.

Jika anda memilih untuk menjadi seorang yang sentiasa dirundung malang dan sering dibelenggu kesempitan duit, tak perlu buat apa-apa kerana ia mungkin akan menghantui anda setiap masa..

Tapi jika anda memilih untuk menjadi lebih gembira, lebih bebas tanpa perlu fikirkan masalah duit, ambillah peluang yang terhidang depan mata ini dengan memiliki E-Book "Rahsia Menjadi Magnet Duit" ini. Hidup anda pasti menjadi lebih baik! Dapatkannya Sekarang Juga...





(E-Book “Rahsia Magnet Duit” ini merupakan produk digital yang boleh terus
dibaca setelah di download ke komputer anda dan ianya tidak seperti buku fizikal
yang terdapat di kedai-kedai buku)
___________________________________________________________

Sebarang Pertanyaan, Sila Kemukakan Dalam Ruangan Di Bawah Ini.

 






RMD v3 | Pembelian | Affiliates